Latar Belakang
Persatuan Kebajikan, Pengurusan dan Pendidikan Akademi Yayasan Al-Sultan Abdullah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Akademi YASA,MUIP), yang dahulunya dikenali sebagai Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah (TPSHAS), merupakan sebuah institusi yang lahir daripada cetusan ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Ditubuhkan pada April 2011 dan dirasmikan pada 12 Mac 2013, institusi ini menjadi simbol harapan khususnya kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf. Dijenamakan semula pada tahun 2021, Akademi YASA,MUIP berperanan sebagai pusat jagaan dan pendidikan kepada anak-anak yatim dan asnaf di seluruh Negeri Pahang. Di bawah naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, akademi ini komited dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing melalui pendidikan yang holistik dan berkualiti. Pengoperasian Akademi YASA,MUIP dibiayai oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), di samping menerima sokongan melalui sumbangan wakalah daripada syarikat-syarikat korporat serta bantuan geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Keistimewaan Akademi YASA, MUIP bukan sahaja terserlah melalui kecemerlangan akademik, malah melalui penekanan menyeluruh terhadap pembentukan sahsiah, disiplin dan kerohanian. Pelbagai program seperti kelas hafazan, latihan kawad kaki dan pembangunan diri dilaksanakan secara konsisten bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi dan rohani. Dalam masa yang sama, pelajar turut diperkasa dengan kemahiran insaniah, kepimpinan serta semangat kerja berpasukan bagi membentuk jati diri yang kukuh dan berdaya tahan. Pendekatan ini memastikan mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga bersedia menghadapi cabaran masa hadapan serta mampu memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara.
Pendaftaran Pelajar
Permohonan Kemasukan Ke Asrama Akademi YASA – MUIP, Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah
borang pendaftaranStatistik
Jumlah Pelajar Akademi YASA-MUIP
Jumlah
Jumlah Pelajar Program Kecemerlangan Diri Saya Akademi YASA-MUIP
Jumlah
Pecahan Pelajar Mengikut Kategori
Asnaf Miskin
Yatim Mati Ayah
Piatu Mati Ibu
Anak Yatim Piatu
Pecahan Pelajar (Daerah)
Pecahan Pelajar (Sekolah)
Pecahan Pelajar (Tingkatan)
Analisis Keputusan SPM Pelajar Akademi YASA-MUIP TAHUN 2021-2025
Kategori Pelajar Straight A'S
7 A
Kategori Pelajar 7, 6, 5 A
7 A
6 A
5 A
Kategori Pelajar 4, 3, 2 A
4 A
3 A
2 A
Kategori Pelajar 1 A dan Lulus
1 A
Lain-lain Keputusan
Peratusan Lulus dan Layak Mendapat Sijil
Peratusan Penempatan Pelajar Selepas SPM
Pecahan Pelajar (Tingkatan)
Fasiliti
Pejabat Pentadbiran Jasmin
YASA-MUIP
Bilik Mesyuarat Airis
YASA-MUIP
Perpustakaan Anggerik
YASA-MUIP
Surau Bakawali
YASA-MUIP
Makmal Komputer Dahlia
YASA-MUIP
Bilik Seminar Seroja & Daisy
YASA-MUIP
Dewan Makan Rafflesia
YASA-MUIP
Bilik Makan VIP Bunga Cengkih
YASA-MUIP
Pejabat AMG
Bilik Rehat Kasturi 2
YASA-MUIP
Bilik Rehat Pensyarah Kasturi 3 & 4
Dua Blok Asrama
YASA-MUIP
Hubungi Kami
Selain itu, anda boleh menghubungi kami melalui pautan-pautan berikuti
Alamat
Akademi YASA-MUIPKompleks Sultan Haji Ahmad Shah
Bandar Indera Mahkota 8
25200 Kuantan Pahang